Monday, October 27, 2008
Carrot Cake - Kak Fiza
Last week, Kak Fiza (opismet) order carrot cake & chocolate moist cake untuk open house di rumahnya. Mini carrot ( atas kek) tu dah prepare 2 days earlier, dan dibuat menggunakan fondant. Satu malam buat 2 kek tu, dapat tidur sekejap je, tak kisah la tu, yang penting kek dapat disiapkan. Alhamdulillah, bila kek dah siap, berbaloi rasanya penat tu :)
Chocolate Moist Cake - Kak Fiza
Kek Chocolate Moist - ni juga order dari Kak Fiza (opismet). Kak Fiza minta simple decoration untuk kek ni, so saya just letak swirl fresh cream dan chocolate shape atasnya. Dan parutan coklat putih ditengah kek. Kek ni nampak rendah sket sebab pakai loyang besar dan adunannya x sampai 1kg (kak fiza request 1kg). Err...bile terkurang berat , harga pon kene kasi diskaun ;)
Carrot Cupcake
Sunday, October 19, 2008
Steam Buttercream Method
Semalam saya mengikuti Kelas Steam Buttercream anjuran Puan Nor di bandar Permaisuri. Steam buttercream memang dah lama nak belajar, cuma sekarang baru berkesempatan untuk belajar. Teknik steam buttercream ni menghasilkan permukaan yang licin, nampak macam fondant kan? Kami turut diajar membuat hiasan bunga orkid dan pioni. Mungkin bunga di atas x berapa menjadi, memang kena praktis lagi lepas ni ;).
Bagi yang berminat untuk belajar Steam Buttercream, sila layari http://norcookingcentre.com/. Selain itu, Puan Nor juga ada mengadakan kelas-kelas yang lain.
Atau sekiranya tidak berkesempatan untuk belajar, bolehlah tempah kek disini ;) Sila email @ sms ke 017-3557734 | lovelycakes1@gmail.com
Pink Fondant Cake (Carrot Cake)
Fondant - Carrot Cake (size 9' x 7')
Kek Fondant (carrot cake) tempahan dari Puan Mardiana, Alam Damai Cheras. Katanya, kek ni ditempah untuk hantaran perkahwinan adik lelakinya. Puan Mardiana request kek berbentuk segi empat (9' x 7'), katanya tema x kisah warna apa. Disebabkan tempahan yang dibuat x sampai seminggu sebelum majlis, saya hanya menggunakan stok bunga fondant ready-made yang ada kat rumah, dan x ada choice lain, hanya tinggal warna pink. Alhamdulillah, nasik baik Puan Mardiana x kisah dengan theme kaler untuk kek tu.
Dah lama x menguli fondant ni. Bila dah lama x praktis, banyak mistake dibuat dan masa yang diambil agak lama. Tapi harap Puan Mardiana sekeluarga berpuas hati dan maaf atas segala kekurangan.
Saturday, October 18, 2008
Selamat Hari Raya
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir & batin sekiranye ada salah dan silap pada semua yang melayari laman blog ni. Moga kedatangan Syawal dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kite.
Hampir sebulan lebih laman blog ni x diupdate. Maaf pada yang email atau bertanya di chatbox sebelum ni x dapat saya reply disebabkan saya baru transfer kerja baru, jadi keadaan tidak mengizinkan untuk saya online. Bagi yang message di YM, maaf sebab buat masa ni x dapat online, untuk pertanyaan sila email atau sms ke 017-3557734 | lovelycakes1@gmail.com | lovelycakes1@yahoo.com
Hampir sebulan lebih laman blog ni x diupdate. Maaf pada yang email atau bertanya di chatbox sebelum ni x dapat saya reply disebabkan saya baru transfer kerja baru, jadi keadaan tidak mengizinkan untuk saya online. Bagi yang message di YM, maaf sebab buat masa ni x dapat online, untuk pertanyaan sila email atau sms ke 017-3557734 | lovelycakes1@gmail.com | lovelycakes1@yahoo.com