Thursday, December 25, 2008
Hantaran Cake - Khairil & Saadiah
Hantaran Cake ( 8 inch - Love Shape )
Kek ni adalah kek hantaran untuk wedding my bro - Khairil @ Abg Eril dengan pasangannya Saadiah. Majlis pernikahan pada hari krismas yang lalu (25 Dec 08) di JB. Abg saya request kek coklat dan decorationnya saya ikut idea sendiri.
Ni first time cube apply buat bunga royal icing setelah berkurun lama blaja dengan sifu Lynhassan tu. Dan sebab dah lama juga x buat bunga roses, memang banyak la bunga kene reject masa buat ni. Untuk deco ni, saya buat hampir 50 pcs bunga, sebab ni 1st time buat, so x dapat budget brapa bunga yg nak digunakan + buat extra sbb takut bunga pecah disaat akhir sebab bunga royal icing ni mudah pecah especially kalau belum btul2 kering.
Bunga2 tu banyak yg kembang kencup, x sekata bentuknya. Dalam gambar je yg nampak ok sket..hehe...Untuk topping tu, pada mulanya buat steam buttercream. Tapi disebabkan satu insiden yang berlaku ( air panas tertumpah atas peha ), dan steam buttercreamnya pon tertumpah ke lantai sekali...Dalam kesakitan kene air panas tu, kene siapkan gak kek tu. Jadi terpaksa buat kali ke-2 topping steam tu, tapi x brapa menjadi. So, last2 sapu je mcm cream biasa.
Alhamdulillah, dengan pertolongan my sis dan auntie (Cik Ros) kek tu siap sebelum kitaorg berangkat pergi ke majlis nikah di JB. To Abg Eril & Kak Saadi, 'Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga akhir hayat dan...moga cepat2 dapat baby :) '
Wednesday, December 24, 2008
Birthday Cake - Intan Syafinaz
Double Chocolate Cake - 1.5kg (size 8')
Intan from Cheras order Double Chocolate Cake sempena birthday mamanya (20 Dec 08). Intan nak simple decoration saja. Alhamdulillah, intan kate mama Intan suka kek tu. Thanks to Intan n Happy Birthday untuk mama Intan, moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang berpanjangan'.
Tuesday, December 23, 2008
Carrot Cupcake - Adibah
Carrot Cupcake (25 pcs) Souffle Cup size S
Selamat Tahun Baru Islam (1430H) dan Masihi (2009) pada semua yang melayari laman blog ni. Terima kasih pada customer yang order dari Lovelycakes dan pelayar internet yang singgah disini. Mohon maaf atas segala kekurangan yang ada. Moga tahun ini kita dapat perbaiki kekurangan yang lalu dan mencapai impian masing-masing ....dan moga jalan kita semua dipermudahkan...AMIN
Maaf sebab hampir 2-3 minggu x update blog ni. Kesibukan kerja+tempahan menyebabkan keletihan dan x sempat nak update. Pada yang bertanya, maaf kalau pertanyaan lewat dijawab.
Order carrot cupcake dari Adibah ni dah lama , sebelum krismas yang lalu. Cuma sekarang baru berkesempatan nak update dalam blog. Adibah inginkan cupcake small 25 biji, katanya untuk di bawa pulang ke Melaka sempena cuti Krismas. Alhamdulillah, Adibah sukakannya.
Sejak akhir-akhir ni gambar yang diambil banyak x menjadi, asik blur je. Agaknya sebab penat buat kek, so bile ambil gambar tangan menggigil-gigil. Jadi hanya 2 gambar yang ok je dapat diupload.
Monday, December 22, 2008
2 tiers cake - Ayin
2 Tiers Fondant Cake ( 4 kg )
Kek 2 tingkat order dr Ayin adalah 1st tempahan kek 2 tingkat dr customer. Before this, x penah lagi buat kek 2 tingkat utk customer except utk wedding my sis last year.
Ayin request theme color white+green, hijau ni sama mcm tempahan dari Rohani. Learn from mistake yg saya buat utk kek rohani (refer previous topic), kek rohani tu sy buat agak rendah, jadi kali ni Alhamdulillah kek ni elok tinggi (dlm 3-4inch for each cake). Dan ni my 1st time buat bow-ribbon utk kek, Alhamdulillah menjadi tapi masa menguli doh gumpaste dan mewarnakannya tu mmg cukup mencabar, sbb adunan kali ni buat agak keras.
Ayin da siap2 request deco mcm sample gambar yg diberi, so saya follow deco tu dan ubah theme color sahaja. Kredit to original deco (*sorry sbb xde source gambar tu ambil dr mana). Ayin sponsor kek ni utk wedding best frennya di Negeri 9. Selamat Pengantin Baru to both of them, moga happy dan kekal hingga akhir hayat. To sweet Ayin : Thanks for the order :>
Tuesday, December 16, 2008
Blueberry Mousse Cake - Harfizah
Blueberry Mousse Cake (2kg)
Harfizah request Bluberry Mousse Cake untuk birthday her daughter Erinadia. Fizah nak kek dengan deco pooh & tiger, tapi xnak fondant cake. So, saya buat buttercream frosting (shocking pink). Mungkin dalam gambar ni x nampak shocking pink pon. Last minute, Fizah request untuk add extra text, but x sempat take picture lepas tambah text tu.
Sunday, December 14, 2008
Fondant Hantaran Cake - Ida
Swirl Cupcake - Kak Nad
25 cupcakes - Souffle Cup size M
Swirl Cupcake (buttercream frosting) order dari Kak Nad - Bandar Sri Permaisuri. Kak Nad order sebelum raya haji aritu, tapi ni bari berkesempatan nak upload. Cupcake ni Kak Nad order untuk gathering dan sempena bosnya nak berpindah ke NZ. To Kak Nad : thanks for the order n sorry sebab x dapat sembang panjang masa akak pick up tu sbb lrt da sampai ;)