Thursday, November 17, 2016

2 Tiers Wedding Cake - Orange Peach Theme


Alhamdulillah, tahniah pada pasangan pengantin, Awin & suami sempena majlis perkahwinan yang berlangsung di Parit Imam, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Awin request kek kawin 2 tingkat (jenis stack) untuk majlis kahwinnya. Harap berpuas hati yer dengan kek ini. Terima kasih banyak-banyak dari pihak Lovelycakes sebab Awin tak putus-putus tempah dengan kami.

Moga perkahwinan Awin & suami bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Thursday, November 10, 2016

Hantaran Cake with Edible Image

Alhamdulillah, tahniah pada pasangan pengantin Amalina & Shameel dan kakaknya Nurul dan suaminya atas perkahwinan masing-masing di Minyak Beku, Batu Pahat.

Tempahan ini untuk kek hantaran bagi kedua-dua belah pihak (untuk Amalina) dan istimewa untuk pihak suami dari Puan Nurul.

Terima kasih kerana tidak jemu membuat tempahan dengan Lovelycakes.

 Vanilla sponge cake with blueberry filling, hiasan customize edible image..

 Kek Pandan kastard dengan frosting buttercream, deko customize edible image

Vanilla spongecake with blueberry filling, frosting freshcream, deko swirl rossette dan customize edible image.

Tuesday, November 8, 2016

Selamat Bertunang!

Tempahan kek cawan ini agak dah lama, bulan Mei yang lalu, tapi baru berkesempatan untuk upload. Banyak gambar-gambar dari laptop yang masih dalam proses dipilih untuk di masukkan dalam blog ni.

Terima kasih pada pelanggan yang sudi membuat tempahan kek cawan comel ini untuk majlis pertunangannya. Dengan tema warna yang sweet, kombinasi pink + putih dan hiasan mengikut kehendak pelanggan.

Bagi yang ingin menempah kek cawan seperti ini atau ada tema-tema tertentu, boleh hubungi kami di 013 369 2804

COMBO Tartlets






Alhamdulillah, terima kasih kepada para pelanggan atas sambutan yang diberikan untuk Promo Combo Tartlets yang pihak Lovelycakes buat pada 2 minggu yang lepas.

Combo tartlets terdiri dari kombinasi 5 jenis tart iaitu ; blueberry cheesetart, nutella cheesetart, fruit tart, lemon chocolate tart dan keylime tart.

Sebanyak 21 kotak tempahan telah disiapkan untuk para pelanggan yang telah buat tempahan....tapi gambar banyak x sempat ambil sebab pelanggan datang berterusan pada waktu yang sama.

InsyaAllah, kalau ada banyak permintaan lagi di sekitar batu pahat dan kluang, pihak Lovelycakes akan membuat promo lagi untuk tartlets atau produk2 lain.

Untuk tempahan, boleh whatsapp ke 013 369 2804 (Lia)

Terima kasih :)

Monday, November 7, 2016

Kek Perkahwinan bunga ala kpop

Permintaan dari Puan Jamilah yang inginkan kek dengan bunga ala kpop untuk kek perkahwinan 1 tingkat. Kek dengan perasa red velvet, filling cream cheese dan frosting italian buttercream.

Terima kasih Puan Jamilah atas kepercayaan yang diberikan.




Brownies oh brownies

Tempahan brownies dari pelanggan. Ada pelbagai jenis brownies boleh di pilih sama ada jenis kosong @ berkacang @ ada topping. Terima kasih pada semua yang buat tempahan.


Pada yang ingin membuat tempahan sekitar Batu Pahat dan Kluang, boleh whatsapp/ call saya di
013 369 2804 (Lia)
 

Blogger Templates | Design by Elleya@Lovelycakes 2011