Monday, January 9, 2017

Birthday Cake untuk anak-anak

Alhamdulillah berjaya juga siapkan kek anak-anak yang tertangguh dari bulan Julai haritu. Kali ni celebrate birthday anak-anak sekaligus pada akhir tahun 2016, ibu asyik bz siapkan kek customer, kek anak-anak lambat sikit buat 😅.

Happy Belated Birthday untuk anak2 ayah dan ibu..moga menjadi anak soleh & solehah....sayang semuaa...


Untuk hero kecik U'kasyah, ibu buatkan kek nombor 1...plan asal nak buat tema didi & friends...tapi x sempat nak ngulit fondant...jadi buat minions pon jadila

Untuk kakak-kakaknya Saira & Khadra, ibu buatkan kek dengan dripoing white coklat. Yang paling excited kakak2 la ni dapat kek colorful.

Untuk anak bujang, Amir & Afkar ibu buatkan oreo cheesecake dengan simple deco, sesuai untuk anak lelaki.

Sunday, January 8, 2017

Jambangan Coklat

Kami juga menerima tempahan membuat jambangan coklat, jambangan bunga, hamper, belon untuk diberi pada yang tersayang. Perkhidmatan surprise delivery juga ada disediakan untuk kawasan Batu Pahat dan sekitarnya. Bouquet ini boleh dibuat mengikut bajet anda. Hubungi nombor yang tertera untuk tempahan.

Tempahan coklat bouquet dari kak long, surpise delivery untuk Ahmad di parit jelutong, parit raja. Tq ye

Tempahan coklat bouquet dari Iju, Taman Beroleh, batu pahat. Tq ye

Kek Perkahwinan 4 tingkat

Kek perkahwinan 4 tingkat tempahan pelanggan dari Parit Sulong, Batu Pahat. Kek simole dengan hiasan bunga segar. Terima kasih ye :)


Tuesday, December 20, 2016

Kek Hantaran mewah dengan buahan segar

Kek hantaran tempahan dari Kak Nurul ini mewah dengan buah-buahan segar; strawberi, anggur dan dihias dengan coklat kitkat.

Terima kasih ye kak Nurul!


3d Hello Kitty Cake for Birthday

Kek 3D Hello Kitty ini tempahan dari customer untuk harijadi anaknya. Kek yang dibuat secara manual (tanpa acuan), bersize anggaran dalam 10in diameter ini berperisa sponge vanilla dengan filling blueberry dan disaluti freshcream.

Tq ye!


2 tingkat kek perkahwinan di Johor Bahru

Alhamdulillah, kek selamat dihantar untuk majlis kahwin anak sedara sepupu di Johor Bahru. Kek dengan deko swirl rossette permintaan dari sepupu untuk perkahwinan anak sulungnya pada awal cuti sekolah yang lalu.

Kek berperisa coklat dengan kombinasi  krim coklat hazelnut sebagai filling dan topping freshcream. Terima kasih kak ashim sudi tempah kek ini :)


 

Blogger Templates | Design by Elleya@Lovelycakes 2011