Tuesday, March 22, 2011

Peach Yogurt Cake


Hampir sebulan blog ni under construction. Bukannya apa, sejak start blog ni, xpernah tukar design. Tu yg sibuk redesign blog ni + update semua info yg perlu termasuk harga, gambar, etc. Tapi byk lagi yg x siap ni, insyaAllah saya akan update dari semasa ke semasa.

Gambar2 kek banyak yang x sempat lagi nak edit utk upload dalam ni. Jadi kali ni, saya nak share 1 resepi kek yang saya baru cuba buat semalam, namanya Peach Yogurt Cake. Senang sangat buatnya, 1/2 jam je leh siap adun.

Resepi kat bawah yer



Peach Yogurt Cake

Source : Myresipi

Make : 7inch round cake

Bahan A

1/2cup/ 140ml yogurt (1 botol yogurt kecil)

½ cup gula halus

½ cup gula perang *kurangkan gula kalau xnak manis

3 biji telur B

1 tsp esen vanila

Bahan B (ayak)

1 ½ cup tepung gandum

2 tsp baking powder

½ cup minyak masak

Buah peach potong (dalam tin)

*boleh tukar/ tambah buah2 lain; kismis, prune, mangga etc

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 30min.

2. Putar bahan A hingga sebati

3. Masukkan bahan B, putar sebati (jangan terlalu lama)

4. Masukkan minyak, putar sebati.

5. Tabur buah peach, gaul sebentar.

6. Alas loyang 7inch dengan kertas @ gris dengan butter.

7. Masukkan adunan dan susun baki buah peach atas kek

8. Bakar selama 45min-1jam (bergantung pada oven masing2)

9. Ayakkan dengan gula aising setelah kek sejuk.


*Tryla buat kek yang simple n sedap ni. Tapi kalau malas, boleh je calling2 saya utk order :)