Hampir sebulan blog ni under construction. Bukannya apa, sejak start blog ni, xpernah tukar design. Tu yg sibuk redesign blog ni + update semua info yg perlu termasuk harga, gambar, etc. Tapi byk lagi yg x siap ni, insyaAllah saya akan update dari semasa ke semasa.
Gambar2 kek banyak yang x sempat lagi nak edit utk upload dalam ni. Jadi kali ni, saya nak share 1 resepi kek yang saya baru cuba buat semalam, namanya Peach Yogurt Cake. Senang sangat buatnya, 1/2 jam je leh siap adun.
Resepi kat bawah yer
Peach Yogurt Cake
Source : Myresipi
Make : 7inch round cake
Bahan A
1/2cup/ 140ml yogurt (1 botol yogurt kecil)
½ cup gula halus
½ cup gula perang *kurangkan gula kalau xnak manis
3 biji telur B
1 tsp esen vanila
Bahan B (ayak)
1 ½ cup tepung gandum
2 tsp baking powder
½ cup minyak masak
Buah peach potong (dalam tin)
*boleh tukar/ tambah buah2 lain; kismis, prune, mangga etc
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 30min.
2. Putar bahan A hingga sebati
3. Masukkan bahan B, putar sebati (jangan terlalu lama)
4. Masukkan minyak, putar sebati.
5. Tabur buah peach, gaul sebentar.
6. Alas loyang 7inch dengan kertas @ gris dengan butter.
7. Masukkan adunan dan susun baki buah peach atas kek
8. Bakar selama 45min-1jam (bergantung pada oven masing2)
9. Ayakkan dengan gula aising setelah kek sejuk.
*Tryla buat kek yang simple n sedap ni. Tapi kalau malas, boleh je calling2 saya utk order :)
Emm..patut pun lama tak nampak Elleya, busy buat construction ya. Macam sedap je resepi yg baru ni, minta share ya...nanti kalau rajin-rajin boleh cuba...tq
ReplyDeleteHalu mamanur,
ReplyDeletecubala buat, mmg senang je resepi ni..
Aha, masih tgh proses nak update blog ni, buat slow sgt tu yg x siap2...hehe