Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin pada semua pelanggan,  rakan2 & follower blog Lovelycakes. Maaf dah lama x update blog. Sepanjang bulan puasa yang lalu agak sibuk dengan projek biskut raya, kek lapis & maruku dan Alhamdulillah, syukur atas sambutan yang menggalakkan, tq banyak2 pada para customer n ejen2 Lovelycakes.. Kalau ada sebarang kekurangan, kami team Lovelycakes ingin memohon maaf dan inshaAllah akan diperbaiki segala kekurangan yang ada.

Pada yang kami terpaksa menolak tempahan kek kahwin & birthday sepanjang bulan puasa & awal raya haritu, minta maaf juga sebab kekurangan tenaga kerja & bercuti panjang sepanjang awal raya haritu.

Sekarang tempahan telah dibuka semula hingga akhir 2013. Pada yang ingin melangsungkan perkahwinan & pertunangan, dah bole plan & request order untuk hari istimewa anda.  Juga pada yang nak menempah kek harijadi boleh juga plan tempahan dari awal.

Untuk sebarang  pertanyaan & tempahan, boleh call013-3692804 @ emailkan  di lovelycakes1@gmail.com

Terima kasih :)

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada seluruh muslimin & muslimat terutama sekali para pelanggan, follower & fan Lovelycakes. Moga kite mendapat rahmat & keberkatan bulan yang mulia ini.

Terima kasih juga atas sokongan semua selama ini & minta maaf kalau ada salah & silap terutama pada para pelanggan Lovelycakes. Selamat berpuasa :)

Jangan lupa, tempahan Kek Lapis, Biskut Raya & Kudapan hari raya akan ditutup mulai 5 Ramadhan (14 July) ini. Bagi yang masih tercari-cari hidangan untuk dijamu pada para tetamu, bole hubungi kami di 0133692804.

Sunday, November 21, 2010

Diskaun 10-15%


Sempena penutupan operasi Lovelycakes di KL/Selangor mulai 29Nov 2010, diskaun sebanyak 10-15% akan diberikan (untuk cakes/cupcakes tertentu) sebagai tanda penghargaan untuk customer2 di sekitar KL/Selangor mulai 23-27Nov 2010.

Details seperti dibawah :

1. Chocolate chip Muffin – 15% discount
RM64.00 for 50pcs (normal price RM75.00)

2. Cupcakes without decoration – 15% discount
(chocolate/pandan/strawberry flavor)
RM55.00 for 50pcs (normal price RM65.00)

3. Cupcakes with simple deco – 10% discount (min. order 25pcs)
(swirl/ rosette cream deco, chocolate flavor only)

4. Sponge/ Blueberry/ Blackforest/ Chocolate Cake – 10% discount
(buttercream frosting, simple deco only)

Untuk tempahan, sila email/ call : lovelycakes1@gmail.com @ 013-3692804


Tempahan untuk sekitar Batu Pahat, Johor dibuka mulai 10 Dec 2010. Lokasi baru di area Beroleh, Jalan Kluang (berdekatan maktab perguruan bp & shopping complex BP Mall).

Tuesday, September 28, 2010

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya pada semua!

Lama sungguh x update blog ni..agak sibuk sepanjang bulan puasa dengan tempahan biskut raya (xsempat nak promote dlm blog)..tempahan yang ada pon x cukup tangan nak buat..Alhamdulillah semuanya dapat disettlekan walaupon demam & batuk yg teruk.

Pada semua customer, kengkawan & blogger, saya minta maaf dari hujung rambut -hujung kaki kalau selama ni ada kekurangan dan kesilapan yang dilakukan sepanjang perkhidmatan lovelycakes dimulakan.

Pada yang ada sms@email sebelum ni yang masih belum dpt reply, pls remind me. sebab banyak email/sms, takut ada yang ter miss nak jawab.

Orait, sekarang cuci mata dgn order2 dari bulan mei-sept yang masih x upload lagi..insyaAllah akan update sket2 nanti sampai settle semua..huhu

Monday, April 5, 2010

Award dari Neena


Dapat award dari Neena - http://neenakeksarawak.blogspot.com. Thanks a lot yer Neena.

Monday, December 7, 2009

Al-fatihah...

Assalamualaikum....2-3 minggu yang lepas saya agak sibuk dengan hal keluarga. Keadaan kesihatan ayah saya yang semakin teruk, akibat kanser yang dihidapi menyebabkan saya x berkesempatan nak update blog & reply email.

Kanser yang ayah hidapi baru dapat dikesan dalam sebulan lebih, dan ianya da sampai tahap agak kritikal....dan akhirnya ayah saya telah kembali ke Rahmatullah pada hari raya aidiladha yang lalu..sedihnya x terkata....dan 3 hari lepas tu, makcik (kakak arwah ayah) pula yang meninggal dunia....dan saya demam pula lepas tu..mungkin sebab terkejut dan sedih dengan kehilangan mereka....

dan maaf banyak2 pada yg saya lambat reply email @ belum reply, insyaAllah saya akan cuba reply secepat mungkin lepas ni...bagi yang masih x dapat reply, bolehla remind saya yer, takut ada yg ter miss...

Al-fatihah.....

Thursday, October 8, 2009

Pengumuman

Selamat Hari Raya diucapkan pada semua customer dan rakan-rakan. Maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap, mungkin terlambat reply email/ pertanyaan, lambat update blog dan apa2 je kekurangan yang ada. InsyaAllah, segala kekurangan akan di perbaiki dari semasa ke semasa.

Di kesempatan ini juga, saya ingin update lokasi Lovelycakes yang telah berpindah ke Taman Segar, Cheras ( belakang Cheras Leisure Mall ). Untuk tempahan/ pickup bole terus datang ke tempat saya di Cheras.

Sunday, December 14, 2008

Harap masih x terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua. dan Kad kat atas dari kak intan. Thanks kak intan, n sorry sebab lambat ambil kad tu.

Tuesday, November 25, 2008

Tag - Workstation

Satu lagi tag dari kak eyna, maaf yer kak eyna lambat sket siapkan tag :

Rules:
snap work station anda
then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..
Kak Aniza / Shada / EynaJB / LovelyCakes


Monday, November 24, 2008

Tag - Handwriting

Tag dari Kak Intan..dah lama gak kak intan kasi tag ni, maaf la sebab sibuk sket, ni baru ada kesempatan siapkan tag ni...

1. Your name/username:
2. Left handed or right handed:

I'm left handed...kesukaran jadi left handed ni bila belajar skill cam teknik jahitan or kek esp buat bunga, sume cikgu tangan kanan...jadi cikgu penin nak ajar org yang kidal ni..hehe


3. Favorite letter to right:Rasanya la E...

4. Least favorite letter to right:
5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy cat"Ikut kak intan la..tukar ke cat...:)



Ok kak intan, keje sekolah da siap..dan thanks for the award tu. Rasanya lom layak nak dpt award best blogger tu..sbb kadang2 lambat n x update blog ni dan info pon masih x byk untuk dishare...anyway, terima kasih banyak2 yer :)

Saturday, October 18, 2008

Selamat Hari Raya

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir & batin sekiranye ada salah dan silap pada semua yang melayari laman blog ni. Moga kedatangan Syawal dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kite.

Hampir sebulan lebih laman blog ni x diupdate. Maaf pada yang email atau bertanya di chatbox sebelum ni x dapat saya reply disebabkan saya baru transfer kerja baru, jadi keadaan tidak mengizinkan untuk saya online. Bagi yang message di YM, maaf sebab buat masa ni x dapat online, untuk pertanyaan sila email atau sms ke 017-3557734 | lovelycakes1@gmail.com | lovelycakes1@yahoo.com

Thursday, September 4, 2008

Tag Ramadhan

Tag Ramadhan ni dapat 2, satu dari Intan dan Kak Eyna. Disebabkan dapat 2 cam intan, jadi saya pon akan asingkan kedua2 tag ni. Thanks to Intan.

Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Riezanie2u.blogspot.com, ibu-ayah-xtvt.blogspot.com, lovely-cakes.blogspot.com


Ni arahan nya…

Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
Teruskan mencari mangsa seramai 3..(nak lebih pun takpe)
Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
Lastly, jgn lupe tempek url korang sebelah url lovely-cakes.blogspot.com tuh...

Tag Ramadhan ni ditujukan khas untuk :

1. Dayang Kek
2. ida65cakes
3.Koleksi Firzany

Tag Ramadhan kedua ni dari Kak Eyna. Terima kasih kak eyna :)

Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Riezanie2u.blogspot.com, ibu-ayah-xtvt.blogspot.com,delicioushalalcake.blogspot.com, muffindummi.blogspot.com lovely-cakes.blogspot.com


Ni arahan nya…

Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
Teruskan mencari mangsa seramai 3..(nak lebih pun takpe)
Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
Lastly, jgn lupe tempek url korang sebelah url lovely-cakes.blogspot.com tuh...

Tag Ramadhan ni ditujukan khas untuk :

1. Ita@guladanmentega
2. Dalissacupcake
3. Rozi Fresh Baked

Okla, kerja sek da siap ni :). Moga ramadhan tahun ni membawa rahmat dan keberkatan untuk kite semua, InsyaAllah


Monday, August 11, 2008

My 1st award

Thanks a lot to Intan sbb kasi award ni kat saya. Ni kire my 1st award la sejak join blog ni :). Moga hubungan kite berpanjangan dan diberkati-Nya, insyaAllah.

My turn nak kasi award pada :
1. Fiza-BawalChantique
2. KakZati-Sifu Kek
3. Kak Kacip - ForumCari
4. KakTun - BoxHouseStudio
5. Fiza - Homebake

It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs. (akak nk tambah skit)
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

dan sedikit Mutiara Kata yang ingin dikongsi bersama :
"Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak, hari ini remaja. dan esok hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna..."


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Sunday, June 22, 2008

Coming Soon...

Assalamualaikum n Morning,

To all, sori dah lama x update. Sekarang ni, kamera x ada, jadi kek yg di hasilkan x dapat di ambil gambar.

InsyaAllah, nanti saya akan masukkan gambar kek terbaru akan datang.

Nantikan juga senarai harga dan gambar brownies. Coming soon...
 

Blogger Templates | Design by Elleya@Lovelycakes 2011